Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON PANDANGAN HUKUM BERKENAAN WANG AMANAH ORANG BERHUTANG (PIHAK KETIGA)
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “ Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor bersetuju dengan cadangan pentadbiran Baitulmal Majlis Agama Islam NegeriJjohor agar hutang-hutang yang gagal disampaikan kepada pemiutang diserah kepada baitulmal negeri johor. Pelunasan hutang yang dicadangkan oleh pentadbiran baitulmal adalah tertakluk kepada hutang-hutang yang gagal disampaikan kepada pemiutang seperti dalam keadaan berikut: I. Pemiutang dan waris gagal dikesan II. Hutang kepada orang bukan islam yang tidak dapat dikesan III. Deposit pembantu rumah yang gagal dikesan atau telah pulang ke negara asal IV. Deposit atau pampasan pekerja yang gagal dikesan V. Hasil jualan yang tidak dapat dibayar kepada peniaga VI. Hutang di kedai yang telah tidak wujud VII. Hutang kepada pembekal barangan yang tidak dapat dikesan Cadangan ini merupakan cadangan yang baik dan wajar dibawa kepada Jawatankuasa Perundangan Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi mendapatkan kelulusan. Sekiranya diluluskan, maka hendaklah suatu kaedah atau peraturan dibuat supaya ianya menepati hukum syarak dan undang-undang sedia ada. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI