Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PENGURUSAN PENGEBUMIAN JENAZAH DALAM KALANGAN WARGA POLIS DIRAJA MALAYSIA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: I. “Anggota polis beragama islam tidak diharuskan mengusung jenazah anggota polid bukan islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendesak yang memerlukan dia melakukannya. Walau bagaimanapon sekiranya terdapat keperluan mendesak maka ia diharuskan dengan syarat tidak terlibat dalam sebaraang upacara keagamaan. II. Jenazah anggota polis beragama islam tidak harus diusung oleh anggota polis bukan islam sewaktu istiadat atau upacara pengebumian dijalankan tanpa sebarang keperluan mendessak kerana orang islam hendaklah diutamakan dalam urusan berkaitan agama islam dan tujuan mengiringi jenazah adalah sebagai syafaat kepada jenazah. III. Anggota polis beragama islam adalah dilarang terlibat tanpa sebarang keperluan mendesak dalam pancaragam sewaktu upacara pengebumian anggota polis bukan bergama islam. IV. Melaksanakan tembakan selepas pengebumian jenazah anggota polis beragama islam adalah dilarang kerana muzik dan bunyi-bunyian tidak dibenarkan di tanah perkuburan. V. Tiupan bugle selepas upacara pengebumian dijalankan adalah dilarang kerana ia termasuk meninggikan suara di tanah perkuburan serta upacara tersebut tiada faedah dari segi syarak. VI. Penggunaan bunyi-bunyian atau muzik adalah dilarang dalam pengurusan jenazah orang islam sama ada dalam polis atau selainnya. VII. Penggunaan pakaian seragam anggota yang mengandungi kalimah Allah dan Muhammad kepada mayat anggota polis tersebut sama ada islam atau bukan islam adalah dilarang. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI