Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

KADAR URUF ZAKAT EMAS PERHIASAN DI NEGERI JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Adalah ditetapkan kadar uruf zakat emas perhiasan di Negeri Johor Darul Takzim ialah 425 gram. Justeru, umat Islam di Negeri Johor Darul Takzim diwajibkan mengeluarkan zakat emas perhiasan apabila jumlah berat emas perhiasan yang dimiliki melebihi kadar uruf dan zakat yang diwajibkan adalah ke atas lebihan daripada kadar uruf tersebut. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI