Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN TANAH KERAJAAN PTB 22073 SELUAS 3,957 EKAR DAN PTB 22074 SELUAS 2,523 EKAR DI MUKIM BANDAR JOHOR BAHRU UNTUK TAPAK RUMAH ANAK-ANAK YATIM (RUMAH BARKAT) DAN DEWAN KEBAJIKAN AM.
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Istibdal di antara tanah PTD 19213 nombor hak milik HS (D) 259361 bagi tujuan rumah anak-anak yatim (Rumah Barkat) dengan tanah PTB 22073 seluas 3, 957 ekar dan PTB 22074 seluas 2,523 ekar mukim Bandar Johor Bahru bagi tujuan semata-mata untuk kebajikan Agama Islam (rumah anak-anak yatim (Rumah Barkat) dan Dewan Kebajikan Am) adalah sah mengikut hukum syarak. 2. Wasiqah (suratan bertulis) sebagai hujah Istibdal hendaklah disediakan diantara kerajaan Negeri Johor dengan Majlis Agama Islam Negeri Johor berhubung dengan pengurniaan kawasan baru sebagai ganti kawasan lama. 3. Penyerahan tapak lama oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor kepada kerajaan akan disempurnakan setelah Majlis Agama Islam Negeri Johor berpuas hati semua pembangunan komplek rumah anak-anak yatim serta perpindahan pengurusan pentadbiran Rumah Berkat telah berlaku. 4. Pengurusan pembangunan tapak baru seterusya hendaklah dilakukan diantara Majlis Agama Islam Negeri Johor dengan syarikat yang dilantik oelh kerajaan iaitu Pedoma Asli Sdn Bhd. 5. Setelah Majlis Agama Islam Negeri Johor berpuas hati dengan semua pembangunan kompleks rumah anak-anak yatim, maka syarikat Pedoman Asli Sdn Bhd hendaklah menyerahkan semua pembangunan kompleks tersebut kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor dan seterusnya Majlis Agama Islam Negeri Johor menyerahkannya kepada pentadbiran Rumah Berkat. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI