Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM MENDIRIKAN SOLAT BERJEMAAH DI MASJID SELEPAS IMAM RATIB SELESAI SOLAT BERJEMAAH
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Hukum mendirikan solat berjemaah setelah imam ratib selesai mendirikannya adalah makruh menurut Jumhur. Walaubagaimanapun ia bukanlah suatu yang mutlak malah hukum makruh ini terangkat sekiranya solat tersebut dilakukan dalam keadaan berikut: 1.Di dirikan di masjid yang kedudukannya berada di tapak jalan yang sentiasa menjadi laluan dan tumpuan orang ramai untuk singgah menunaikan solat seperti di Masjid Kolam Air Johor Bahru atau Masjid Bandar Senai. 2.Tiada imam ratib yang dilantik untuk masjid berkenaan. 3.Saiz masjid yang kecil dan tidak boleh menampung Jemaah dengan sekali solat. 4.Ditakuti keluar waktu sekiranya tidak didirikan di masjid berkenaan. 5.Diyakini tiada berlaku perpecahan dan perbalahan oleh masyarakat setempat. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI