Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PANDUAN MENGENAI BEKERJA PADA WAKTU SOLAT JUMAAT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Solat Jumaat tidak boleh dikecualikan kepada orang Islam yang bertugas di Pelabuhan Johor Berhad di mana bahagian sekalipun kerana belum sampai ke peringkat darurat yang mengharuskan meninggalkan solat Jumaat. Demi kepentingan pengurusan dan organisasi serta kepentingan bersama (majikan dan pekerja), maka waktu rehat hari Jumaat diperuntukkan selama 1 jam 45 minit bagi membolehkan menunaikan solat Jumaat. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI