Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA ISI KANDUNGAN KAD AZIMAT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Menyimpan kad azimat dan meyakini kad azimat tersebut mempunyai kuasa luar biasa seperti mempercayai dan meyakini azimat tersebut sebagai pelindung diri adalah haram dan berdosa besar serta mensyirikkan Allah S.W.T kerana bergantung atau meminta sesuatu bukan kepada Allah Taala tetapi melalui perantaraan azimat. Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan daripada Uqabah Bin Amir al-Juhanni Radiallahu Anhu Ertinya : Sesiapa yang menggantung azimat maka dia telah melakukan perbuatan syirik. ( Riwayat Ahmad) Justeru, mana-mana orang Islam dilarang memiliki, menyimpan, mencetak semula, menjual, mengedarkan kad azimat tersebut dan orang Islam yang telah terlibat hendaklah segera bertaubat dengan taubat nasuha. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI