Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA BERHUBUNG WANG ISTIBDAL BAGI TANAH YANG BERSTATUS REZAB @ WARTA KERAJAAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Tapak yang telah dirizabkan dan diwartakan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tujuan-tujuan kebajikan agama islam adalah dihukumkan sebagai tanah wakaf menurut hukum syarak, dan 2. Tapak yang telah dirizabkan dan belum diwartakan kepada Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tujuan kebajikan Agama Islam adalah dihukumkan sebagai tanah wakaf menurut hukum syarak. 3. Oleh itu, perkara-perkara yang berkaitan dengan tapak tersebut adalah tertakluk dengan hukum-hukum berkaitan dengan wakaf”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI