Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

BAJET AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TAHUN 2019
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Bersetuju menerima cadangan bajet Majlis Agama Islam Negeri Johor ( MAIJ ) bagi tahun 2019 bertemakan “ Bajet Berimbang Asnaf diutamakan “ dengan mengambil perhatian perkara-perkara seperti berikut : i : Bersetuju supaya Zakat Rikaz ditukar kepada Zakat Galian. ii : Meneliti dan menilai keperluan diperluaskan maksud Arrikab seterusnya keperluan untuk berpindah daripada pendapat Mazhab Syafie yang muktamad berkenaan maksud Arrikab kepada yang lain yang lebih luas maksudnya. Selain itu melihat kelebihan dan kekurangannya sebelum ianya dilaksanakan. Ini adalah kerana berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Jabatan Mufti Selangor, walaupun ada nya peruntukan yang besar yang diberikan kepada Asnaf Arrikab, namun Majlis Agama Islam Selangor tidak membiayai perbelanjaan untuk rawatan dialysis. Justeru itu, dicadangkan agar satu bengkel dianjurkan oleh pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor kewajaran memperluaskan maksud Arrikab tersebut. iii: Dicadangkan agar satu garis panduan atau formula bagi tujuan memindahkan peruntukan Asnaf Arrikab untuk diagihkan kepada asnaf-asnaf yang lain sama ada mengikut maslahah ammah atau hasah atau mengikut daruriah, hajiat dan tahsiniyyah atau lain-lain kaedah yang digunakan oleh ulama. iv : Mengambil perhatian agar defisit tahunan bagi bajet Majlis Agama Islam Negeri Johor tidak melebihi 5%. v : Memohon agar Majlis Agama Islam Negeri Johor menyediakan kemudahan modem WIFI mudah alih di Dewan Multaqa Syed Salim Al Attas Jabatan Mufti Johor untuk digunakan dalam mesyuarat jawatankuasa fatwa dan digunakan bagi tujuan membuat kajian-kajian berhubung fatwa. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI