Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM MENGGUNAKAN TANAH WAKAF KHAS DENGAN PEMBANGUNAN SELAIN DARIPADA NIAT ASAL PEWAKAF
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1) Harus menurut hukum syarak membangunkan tanah wakaf dengan pembangunan selain daripada niat asal pewakaf. Oleh itu, membangunkan tanah wakaf khas seperti wakaf masjid dan wakaf kubur dengan tambahan projek pembangunan atau beberapa penambahbaikan bagi menjadi harta wakaf tersebut kekal adalah diharuskan oleh Islam dengan syarat pembangunan ini hendaklah berdasarkan keperluan yang ditentukan oleh Ulil Amri (pemerintah) dan tidak bercanggah dengan syariat. 2) Harus menurut hukum syarak menyalurkan lebihan hasil daripada pembangunan harta wakaf setelah ditolak penyelenggaraan harta tersebut kepada perkara yang sama jenis dengan niat asal pewakaf atau diberikan kepada umat islam yang fakir dan miskin. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI