Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA PERPINDAHAN KUBUR LAMA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Tiada apa-apa halangan dan bersetuju di atas permohonan memindahkan kubur yang terdapat di kawasan projek pembangunan mukim tanjung kupang Johor Bahru milik syarikat MAH SING PROPERTIES SDN BHD. 2. Keharusan ini adalah berdasarkan kepada darurat. 3. Pihak berwajib hendaklah memastikan terlebih dahulu jumlah perkuburan yang bertanda ( mempunyai nisan ) dan tidak bertanda (tidak bernisan ) dengan apa cara yang boleh membantu pengesanan tersebut. 4. Pihak yang bertanggung jawab terutama pekerja-pekerja pemindahan hendaklah mengambil kira pandangan orang kampung sekiranya mereka memberi pandangan bahawa kawasan yang terlibat dengan pemindahan itu terdapat lebih daripada 21 nisan yang perlu dipindahkan. 5. Pekerja yang akan melakukan penggalian dan pemindahan hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam kerja-kerja dan tugas operasi penggalian dan pemindahan mayat. 6. Segala kos dan perbelanjaan untuk tujuan melaksanakan subjek ini ditanggung oleh pemohon. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI