Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM MELETAKKAN KALUNG BUNGA DI DATARAN PAHLAWAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Hukum meletakkan kalungan bunga di antara Dataran Pahlawan walaupon tidak mempunyai tugu adalah haram menurut hukum syarak. Begitu juga, haram melakukan apa-apa upacara yang menyerupai amalan bukan islam seperti: 1) Pemujaan 2) Acara menepung tawar 3) Bertafakur 4) Bacaan sajak 5) Nyanyian 6) Tiupan “last post” 7) Tiupan “Ronse” 8) Memberi tabik hormat dan 9) Acara-acara lain yang bercanggah dengan islam dan tasyabbuh (menyerupai) amalan masyarakat jahiliyyah yang boleh membawa kepada syirik. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI