Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA BERKENAAN SEORANG BERAGAMA ISLAM DIAMANAHKAN UNTUK MENYIMPAN PATUNG-PATUNG BERHALA HINDU DAN SALIB
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut; Demi melindungi kesucian aqidah dan tauhid (keesaan Allah S.W.T) maka adalah haram bagi orang islam menyimpan patung-patung berhala atau gambar-gambar bagi lambing agama bukan islam walaupun telah diamanahkan dan diwasiatkan untuk berbuat demikian kerana perbuatan tersebut adalah bercanggah dengan Al-Quran, As-Sunnah, ijmak, qias, dan aqidah islamiah serta bersubahat membantu perbuatan syirik dan penyembahan selain Allah S.W.T. Justeri itu, mereka yang terlibat hendaklah membebaskan diri daripada amanah dan wasiat tersebut dengan serta merta dan melakukan taubat nasuha dengan segara.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI