Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

KUMPULAN BLACK METAL SERTA LANGKAH-LANGKAH MENGATASINYA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut; Bahawasanya kumpulan black metal dengan segala kepercayaan,ajaran,aktiviti, perlakuan dan amalannya adalah sesat lagi menyesatkan,bercanggah dengan ajaran islam (aqidah, syariah dan akhlak) bertentangan dengan naluri kemanusiaan sejagat dan adat orang melayu islam, malahan menghina kesucian agama islam. Oleh itu, semua umat islam di larang melibatkan diri dengan kumpulan ini secara langsung atau secara tidak langsung dengan mana-mana daripada perkara berikut: 1.Mengamal ; atau 2.Menjadi ahli ; atau 3.Mencetak ; atau 4.Menyiar ; atau 5.Menerbit ; atau 6.Menyebar ; atau 7.Merakam ; atau 8.Menggunakan lambang-lambang ; atau 9.Menjalankan upacara ; atau Apa-apa cara jua yang di kaitkan dengan kumpulan atau ajaran ini.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI