Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN KEBENARAN MEROBOH DAN MEMBINA BARU SURAU KAMPUNG KENAWAR, MUKIM PAGOH, SEGAMAT, JOHOR BAGI MEMBERI LALUAN KEPADA PROJEK PEMBENIAAN LENCONGAN BANJIR SUNGAI SEGAMAT SUNGAI GENUANG SUNGAI CHODAN, SEGAMAT.
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1. Harus menurut hukum syarak, Surau Kampung Kenawar , mukim Pogoh, Segamat, johor dirobohkan bagi tujuan pembinaan bangunan surau yang baru. 2. Surau yang akan dirobohkan hendaklah melakukan perkara-perkara berikut :- i. Perkakas lama surau kampung kenawar, mukim pagoh, Segamat, johor, hendaklah disimpan untuk kegunaan surau baru. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan islam. ii. Sekiranya barang tersebut telah ditawarkan kepada tempat tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukan, dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain tersebut, atau dikhuatiri akan hilang, atau tiada tempat menyimpannya, maka bolehlah barang-barang tersebut dijadual dan hasil penjadualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti minbar, almari , karpet, kipas angina dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan bangunan baru surau kampung kenawar, mukim pagoh, segamat , johor. 3. Tanah wakaf lot 2, tapak surau kampung kenawar, mukim pagoh, segamat, johor hendaklah dilakukan istibdal dengan membeli tanah yang lain dengan segera dengan syarat tapak tersebut mempunyai :- i. Keluasan sama besar atau lebih besar. ii. Sama nilai ata lebih tinggi nilainya 4. Lebihan wang pampasan boleh disalurkan kepada ahli jawatankuasa surau tersebut dengan syarat wang tersebut hendaklah digunakan untuk tujuan yang berkaitan dengan bangunan surau seperti membeli permaidani (karpet), PA sistem, kipas dan sebagainya. 5. Ahli jawatankuasa surau tersebut tidak boleh menggunakan wang tersebut bagi tujuan menjalankan aktiviti-aktiviti kemakmuran surau seperti sambutan majlis maulidurrasul, maal hijrah, nisfu syaaban dan sebagainya. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI