home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum ustaz/ustazah. Saya mahu bertanya. Saya mahu melakukan aqiqah bagi anak perempuan saya yang baru lahir. Saya ade buat tempahan cattering dan set aqiqah bagi katering tu kambing tersebut akan dimasak secara golek/kambing golek. Tapi ada yang mengatakan tidak boleh dan perlu dimasak manis jugak. Jadi pertanyaan saya bolehkan kambing aqiqah tersebut dimasak secara kambing golek dan sah atau tidak aqiqah saya tersebut. Terima kasih
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Asalamualaikum Terima kasih atas soalan yang dikemukakan. Ibadah Aqiqah merupakan ibadah yang dituntut dalam Islam. Hukum membuat aqiqah adalah sunat apabila ibu bapa menyambut kelahiran anak sama ada lelaki atau perempuan. Sunnahnya, daging aqiqah hendaklah dimasak dengan masakan yang manis dan diberi makan kepada fakir miskin, jiran tetangga dan keluarga. Tujuan daging tersebut dimasak dengan masakan yang manis supaya elok dan baik akhlak anak tersebut. Adalah tidak menjadi kesalahan dan sah aqiqah tersebut sekiranya dimasak secara kambing golek dan hendaklah diletakkan madu supaya ada rasa manis bagi meraikan sunnah Nabi SAW. Sekian terima kasih
chevron_left
Kembali