Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERUBAHAN LOKASI KLINIK WAKAF AN NUR GALLERIA@KOTARAYA
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Kerja-kerja pengubahsuaian pelaza Kotaraya yang kini dikenali sebagai Galleria@Kotaraya telah mengakibatkan perubahan struktur kawasan masjid An Nur. Oleh itu pihak WanCorp hendaklahmembuat hujah wakaf yang baru berhubung dengan lokasi masjid tersebut. Sekiranya ada kawasan wakaf asal telah diambil alih untuk digunakan dengan perkara-perkara lain maka hendaklah dinyatakan dalam hujah wakaf yang baru itu bahawa kawasan wakaf tersebut telah diistibdalkan dengan kawasan yang lain. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI