Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

CADANGAN MEMBINA KOMPLEKS PEJABAT MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR DAN PEJABAT MUFTI NEGERI JOHOR
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1) Fatwa Pembinaan Bangunan Majlis Agama Islam Negeri Johor daripada Wang Zakat i. Membina bangunan Majlis Agama Islam Negeri Johor adalah harus (tiada halangan). Bangunan tersebut hendaklah dibina untuk keperluan asas dan uatam sahaja iaitu bagi penempatan pegawai dan kakitangannya ii. Pembinaan bangunan Majlis Agama Islam Negeri Johor diambil daripada peruntukkan bahagian amil. Oleh itu hendaklah dipindahkan terlebih dahulu bahagian-bahagian asnaf seperti dibawah kepada asnaf amil: a) Bahagiam Gharim: Rm 15 juta. b) Bahagian Ibn Sabil: Rm 10 juta. c) Bahagian Ar-Rikab: Rm 10 juta. iii. Tidak dibenarkan membuat pemindahan peruntukkan daripada bahagian asnaf fakir, miskin dan fi sabilillah. iv. Pembiayaan pembinaan bangunan Majlis Agama Islam Negeri Johor ini hendaklah dilakukan secara tunai (bukan secara ansuran). v. Kertas pembinaan bangunan Majlis Agama Islam Negeri Johor hendaklah dikaji semula dan tidak boleh melebihi daripada ringgit malaysia 50 juta. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI