Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON MENGALIHKAN KUBUR KUBUR LAMA DI ATAS TANAH LOT 2930, GM 3247, TAHUN 1926, EMG 1978 MUKIM BANDAR, MUAR DAN LOT 2929, GM 278, TAHUN 1926, MUKIM BANDAR MUAR, JOHOR
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1) Tiada apa-apa halangan dan bersetuju di atas cadangan untuk pemindahan kubur-kubur tersebut. 2) keharusan ini adalah berdasarkan kepada darurat. 3) pihak yang berwajib hendaklah memastikan terlebih dahulu jumlah perkuburan yang bertanda (mempunyai nisan) dan tidak bertanda (tidak bernisan) dengan apa cara yang boleh membantu pengesanan tersebut. 4) pihak yang bertanggungjawab terutama pekerja-pekerja pemindahan hendaklah mengambil kira pandangan orang kampung sekiranya mereka memberi pandangan bahawa kawasan yang terlibat dengan pemindahan itu terdapat lebih daripada 32 buah kubur yang perlu dipindahkan. 5) pekerja yang akan melakukan penggalian dan pemindahan hendaklah terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman dan kemahiran di dalam kerja-kerja dan tugas operasi penggalian dan pemindahan mayat. 6) segala kos dan perbelanjaan untuk tujuan melaksanakan subjek ini ditanggung oleh Syarikat Tekad Sentosa Sdn Bhd. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI