Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON KEBENARAN MENGGUNAKAN SEBAHAGIAN TAPAK DI ATAS TANAH NO LOT ASAL 922 (PTD 5922) KG. LAMA, MUKIM BENUT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: 1.Keluasan tanah yang kecil dan bersebelahan dengan jalan utama masuk ke kampung tidak sesuai untuk didirikan bangunan untuk kegunaan masyarakat. 2.Dikhuatiri juga didirikan bangunan akan mengambil hak/tanah orang lain kerana kawasan yang kecil tidak dapat diadakan kemudahan-kemudahan yang sempurna seperti tandas dan tempat meletak kenderaan. 3.Laporan daripada Majlis Daerah Pontian Yang memaklumkan bahawa tanah tersebut lot “Sub Standard”. Mengikut semakan Majlis tapak tanah “Sub Standard” mengikut Piawaian Perancang Bandar bermaksud: i.Cadangan bangunan yang hendak dibina di atas sebahagian tapak tanah lot asal 922 (PTD 5922) Kampung Lama, Mukim Benut tidak sesuai. ii. Keluasan minima bagi sesebuah bangunan yang dibenarkan adalah seluas) 0.1 ha. iii. anjakan bangunan:- a.Bahagian anjakan bangunan hadapan ke garisan sempadan rizab jalan ialah 20 kaki. b.Bahagian tepi (anjakan daripada rizab jalan atau lorong 20 kaki) c.Bahagian belakang (anjakan daripada rizab jalan atau lorong 20 kaki) d.Bagi bangunan yang tidak bersempadan rizab jalan anjakan adalah 10 kaki. iv. Dari segi keselamatan tidak sesuai kerana berhampiran dengan jalan. v. bangunan yang diwujudkan untuk kemudahan awam ruang letak kereta dan motosikal perlu disediakan mengikut keperluan/piawaian yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, sekiranya pemohon masih ingin meneruskan tujuan tersebut maka jabatan ini mencadangkan agar pemohon mencari tapak tanah yang lebih sesuai dari segi keluasan dan lokasinya. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI