Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

CADANGAN PENETAPAN KADAR FITRAH BAGI TAHUN 1442 HIJRIAH BERSAMAAN 2021 MILADIYAH
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: "Bersetuju kadar zakat fitrah yang ditetapkan ke atas umat Islam di negeri Johor Darul Takzim bagi tahun 1442 hijriah bersamaan 2021 miladiyah adalah berdasarkan kepada jenis beras yang paling banyak dimakan oleh umat Islam di negeri Johor Darul Takzim". Justeru kadar zakat fitrah negeri Johor telah ditetapkan pada dua kadar sebagaimana berikut: 1. RM7.00 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya dari jenis Super tempatan. 2. RM10.00 bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya selain sumber tempatan (beras import) seperti beras wangi, beras basmati dan lain-lain. Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor juga bersetuju resit zakat fitrah negeri Johor Darul Takzim bagi tahun 1442 hijriah bersamaan 2021 miladiyah hendaklah dibuat dua kadar iaitu RM7.00 dan RM10.00.

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI