Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

CADANGAN PELANTIKAN JURUTERA PERUNDING UNTUK KERJA-KERJA TANAH DI LOT 2165 MUKIM SIMPANG KANAN DAERAH BATU PAHAT
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: 1. Tanah-tanah tersebut hendaklah digunakan untuk meratakan tanah wakaf tersebut. 2. Jika tidak ada keperluan atau ada masalah untuk dilaksanakan maka hendaklah tanah-tanah yang hendak dikeluarkan dari kawasan tersebut ditawarkan kepada tanah-tanah wakaf yang lain, khususnya di Daerah Batu Pahat. 3. Sekiranya tiada permintaan atau tiada keperluan berbuat demikian hendaklah ditawarkan kepada masjid dan surau yang memerlukannya khususnya didaerah Batu Pahat. 4. Sekiranya tiada keperluan untuk berbuat demikian dan tanah-tanah tersebut sekiranya jika tidak dipindahkan akan membawa mudarat dan masalah, maka bolehlah dijual tanah-tanah tersebut dan wangnya dikembalikan kepada wakaf dan dimasukkan/disalurkan didalam tabung (akaun) Amwal Badal. 5. Segala perbelanjaan urusan yang berhubung dengan kerja-kerja dikawasan tanah wakaf tersebut, hendaklah diambil daripada hasil jualan tanah tersebut. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI