Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN PENYEWAAN TAPAK TANAH WAKAF (PERKUBURAN ISLAM) PTD 21597, PTD 21598, PTD 21599 DAN PTD 21600 BATU 5, JALAN TANJUNG LABUH SENGGARANG, BATU PAHAT SELUAS 20 EKAR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah, fatwanya adalah seperti berikut:- 1) Perjanjian diantara Pejabat Agama Daerah Batu Pahat dengan pengusaha tidak disambung dan penyewaan tanah hendaklah di tamatkan dengan serta-merta. 2) Tanah yang digunakan untuk penyemaian dan tanah yang dibawa bersama-sama dengan pokok untuk dijual atau dipindahkan ke tempat lain hendaklah dikembalikan semula dengan kadar sepatutnya dengan cara sama ada dengan tanah atau dinilai dengan wang. Wang tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam tabung amwal badal bahagian Wakaf Majlis. 3) Semua wang hasil penyewaan tanah tersebut hendaklah dikembalikan ke dalam tabung pentadbiran wakaf Majlis setelah ditolak dengan perbelanjaan perkhidmatan. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI