Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

HUKUM PEMAKAIAN PAKAIAN TENTERA YANG MEMPUNYAI KALIMAH ALLAH DAN MUHAMMAD TERHADAP MAYAT BUKAN ISLAM DALAM UPACARA PENGKEBUMIAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Kalimah lafaz al-Jalalah Allah dan Muhammad adalah antara dua perkara yang diagungkan dalam Islam. Jika ia ditulis atau diukir di atas batu, besi, kertas atau seumpamanya maka Wajib dipelihara kehormatannya daripada sebarang perkara yang boleh mencemarkannya. Justeru, memakaikan kepada mayat sama ada orang Islam atau bukan Islam dengan pakaian yang terdapat padanya kalimah lafaz al-Jalalah Allah dan Muhammad adalah Haram kerana kemungkinan besar ia akan terkena najis, iaitu danur yang keluar daripada mayat yang dalam proses mereput”. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI