Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON FATWA MEROBOHKAN MASJID DAN MEMBINA MASJID BARU FELDA TAIB ANDAK
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: الحمد لله ترسبوت ددالم کتاب الوقف، تأليف الشيخ محمد ابو زهره هلا من 97 تاجوق الملكية في الوقف - Ringkasan maksudnya: "Dan yang lebih arjah disisi Mazhab Iman Shafie, begitu juga menurut Mazhab Hanafi bahawa harta yang diwakafkan itu terlepas daripada hak milik tuan punyanya menjadi milik Allah (seperti Masjid) disebut rumah Allah." Menurut Ibnu Hazam dalam kitabnya Al-Mahalli; "Bahawasanya Wakaf bukan sahaja terkeluar daripada milik yang mewakafkan, bahkan menjadi hak pemilik yang tertinggi iaitu Allah S.W.T. (maka dengan sendirinya, Masjid menjadi rumah Allah yang patut di hurmati oleh hamba-hambanya)." 2- Merujuk kepada sebab dan alasan yang dinyatakan dalam surat tuan juga lapuran pihak Kadi Daerah didapati belum sampai kepada alasan dan sebab yang mengharuskan di roboh rumah Allah tersebut dengan bangunan baru sebagaimana yang di maksudkan, kecuali jika masjid tersebut benar-benar tiada diharapkan selamatnya daripada runtuh dan tiada diharapkan selamat orang-orang bersembahyang didalamnya oleh sebab buruknya. 3- Bagi makluman baahawa semua Maukuf (harta wakaf) seperti Masjid tersebut adalah diletakkan di bawah jagaan dan penyelenggaraan Yang Di Pertua Jabatan Agama Johor dan pengganti-penggantinya dari masa kesemasa (sebagai Nazir Khas). Oleh itu jika ada apa-apa masaalah yang timbul dari mana-mana pihak terhadap maukuf ini hendaklah di rujukkan terlebih dahulu kepada Nazir Khas. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI