Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA KEBENARAN SOLAT JUMAAT SURAU JALAN RAWA, TAMAN PERLING, JOHOR BAHRU
Adalah dimaklumkan bahawa, Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Sultan Ibrahim Ibnu Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan sebagaimana fatwa yang tersebut: بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Alhamdulillah Fatwanya, ''Surau Jalan Rawa, Taman Perling, Johor Bahru diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan''. والله أعلم بالصواب Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti:- i. Sebelum solat Jumaat didirikan, maka maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan surau tersebut. ii. Solat Jumaat pertama di Surau Jalan Rawa, Taman Perling, Johor Bahru sebelum solat didirikan hendaklah diisytiharkan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut: "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ............................... selaku kadi daerah ........................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Surau Jalan Rawa, Taman Perling, Johor Bahru diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga". Diingatkan juga beberapa teguran dari KeBawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, hendaklah diambil tindakan segera dan dipatuhi sebagaimana berikut: i. Ayat-ayat suci al-quran, tulisan-tulisan khat atau seumpama yang berbentuk bingkai atau sebagainya serta jam dinding digital atau seumpamanya juga yang berada dihadapan dinding atau berada di mihrab didalam ruangan dewan solat utama hendaklah dialihkan ke tempat yang lain.

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI