Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENGGUNAKAN SEMULA MASJID SUNGAI BALANG KECIL DARAT, MUAR, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya adalah seperti berikut : Masjid Sungai Balang Kecil Darat, Muar, Johor yang telah siap dibaik pulih dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti: 1. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli qaryah terutama penduduk yang bermustautin bagi kawasan tersebut. 2. Jumaat pertama di Masjid Sungai Balang Kecil Darat, Muar, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengistiharan oleh Kadi Daerah dengan pengistiharan berikut: "adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .......... selaku Kadi Daerah .......... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor megistiharkan bahawa Masjid Sungai Balang Kecil Darat, Muar, Johor diberi kebenaran dan diistiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli qaryah ini dan umat Islam sehingga diistiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI