Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON KEBENARAN MENDIRIKAN SOLAT JUMAAT DI SURAU KOLEJ MATRIKULASI PONTIAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Surau kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor kilometer tujuh jalan Kukup Mukim Rimba Terjun Pontian Johor diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan والله اعلم بالصواب Sehubungan itu peraturan berikut hendaklah diikuti: 1. sebelum solat Jumaat didirikan maka maklumat tersebut hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan surau tersebut. 2. solat Jumaat pertama di surau kolej Matrikulasi Kejuruteraan Johor KM 7, jalan Kukup Mukim rimba terjun Pontian Johor sebelum solat didirikan hendaklah diisytiharkan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut : " Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh..................... selaku kadi daerah.......................... bagi pihak majlis agama islam negeri johor mengisytiharkan bahawa surau kolej matrikulasi kejuruteraan johor km 7 jalan kukup mukim rimba terjun pontian johor diberi kebenaran dan di isytiharkan tempat solat jumaat bagi ahli-ahli ini dan umat islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga" Bagi menjunjung titah ke bawah Duli yang maha mulia Tuanku Sultan Johor beberapa perkara hendaklah diambil tindakan segera dan dipatuhi sebagai sebagaimana berikut: 1. tidak menggantung atau meletakkan ayat-ayat suci al-Quran tulisan-tulisan khat atau seumpamanya yang berbentuk bingkai atau sebagainya serta jam dinding digital atau seumpamanya di dinding hadapan atau di dalam ruangan dewan solat utama. sekian.

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI