Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENGGUNAKKAN BANGUNAN BARU MASJID FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI JOHOR DAN MENARIK BALIK KEBENARAN SOLAT JUMAAT DIDEWAN SERBAGUNA FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulilah Fatwanya adalah seperti berikut;- Bangunan baru Masjid Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh digunapakai diberi kebenaran untuk digunakan manakala kebenaran solat Jumaat di dewan serbaguna Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor adalah ditarik balik kebenaran sehingga satu pengisytiharaan sebaliknya dilakukan Sehubungan itu peraturan berikut hendaklah diikuti:- Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. Jumaat terakhir di dewan serbaguna Felda Semenchu, Kota Tinggi, Johor hendaklah dibuat pengisytiharaan oleh kadi Daerah dengan pengisytiharaan berikut:- Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .........................selaku Kadi Daerah .......................bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi Ahli Kariah dan Umat Islam di dewan serbaguna Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor ini adalah kali terakhir, semua jemaah akan bersolat di bangunan baru Masjid Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor yang telah siap dibina dan boleh diguna pakai. Jumaat pertama di bangunan baru Masjid Felda Semenchu Kota Tinggi Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharaan oleh kadi daerah dengan pengisytiharaan berikut:- Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh................selaku kadi Daerah...................bagi pihak Majlis Agama Islam Johor mengisytiharkan bahawa bangunan baru Masjid Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini atau umat islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemulian dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga. Diingatkan juga beberapa teguran dari Kebawah Duli Tuanku Sultan Johor hendaklah di ambil tindakan segera dan dipatuhi sebagaimana berikut:- Tidak dibenarkan sama sekali mengadakan ruang perniagaan di dalam kawasan masjid. Ayat ayat suci Al Quran , tulisan tulisan khat atau seumpamanya yang berbentuk bingkai atau sebagainya serta jam dinding digital atau seumpamanya juga yang berada dihadapan dinding atau berada dimihrab didalam ruangan dewan solat utama hendaklah dialihkan ke tempat yang lain. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI