Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENGGUNAKAN BANGUNAN BARU MASJID NURUL HUDA KAMPUNG PARIT JAYUS 4, SERI MEDAN, BATU PAHAT, JOHOR DAN TURUN TARAF BANGUNAN LAMA MASJID NURUL HUDA KAMPUNG PARIT JAYUS 4, SERI MEDAN , BATU PAHAT, JOHOR KEPADA BALAI ISLAM
بسم الله الرحمن الرحيم Alhamdulillah fatwanya seperti berikut: "Bangunan baharu Masjid Nurul Huda, Kampung Parit Jayus 4, Seri Medan, Batu Pahat, Johor yang telah siap pembinaannya dan boleh digunakan untuk didirikan solat Jumaat. Manakala bangunan lama Masjid Nurul Huda, Kampung Parit Jayus 4, Seri Medan, Batu Pahat, Johor diturun taraf kepada Balai Islam Kampung Parit Jayus 4, Seri Medan, Batu Pahat, Johor." Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti:- i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat pertama di bangunan baharu Masjid Nurul Huda, Kampung Parit Jayus 4, Seri Medan, Batu Pahat, Johor sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh Kadi Daerah dengan pengisytiharan berikut:- "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ........................ selaku Kadi Daerah ........................ bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa bangunan baharu Masjid Nurul Huda, Kampung Parit Jayus 4, Seri Medan, Batu Pahat, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." iii. Sehubungan dengan bangunan lama Masjid Nurul Huda, Kampung Parit Jayus 4, Seri Medan, Batu Pahat, Johor yang telah diturun taraf kepada Balai Islam hendaklah ditadbir urus oleh Ahli Jawatankuasa Masjid Nurul Huda, Kampung Parit Jayus 4, Seri Medan, Batu Pahat, Johor. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI