Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA MENGGUNAKAN SEMULA MASJID AL KAUTHAR, KG SEDILI KECIL, KOTA TINGGI, JOHOR DAN MENARIK SEMULA KEBENARAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI DEWAN MUAFAKAT, KG SEDILI KECIL, KOTA TINGGI, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulilah fatwanya : Masjid Al Kauthar, Kg Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor yang telah siap dibaik pulih dan boleh digunapakai diberi kebenaran untuk digunakan. Manakala solat Jumaat sementara di Dewan Muafakat, Kg Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor adalah ditarik semula kebenarannya. Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti :- Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutamanya penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. Jumaat terakhir di Dewan Muafakat, Kg Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut : Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ...................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah ini dan umat Islam di Dewan Muafakat, Kg Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor ini adalah kali terakhir. Semua jemaah akan bersolat di Masjid Al Kauthar, Kg Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor yang telah siap dibaik pulih dan boleh digunapakai. Jumaat pertama di Masjid Al Kauthar, Kg Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor, sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharaan berikut:- Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .................... selaku kadi daerah ..................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Al Kauthar, Kg Sedili Kecil, Kota Tinggi, Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat jumaat buat sementara waktu bagi ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemulian dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI