Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENGGUNAKAN SEMULA MASJID SUNGAI LEBAN BUKIT GAMBIR TANGKAK, JOHOR DAN MENARIK SEMULA KEBENARAN SOLAT JUMAAT SEMENTARA DI BALAI MASJID SUNGAI LEBAN BUKIT GAMBIR TANGKAK JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor  membuat keputusan seperti berikut:   "Masjid sungai Leban Bukit Gambir Tangkak Johor yang telah siap dibaik pulih dan boleh diguna pakai diberi kebenaran untuk digunakan. manakala solat jumaat sementara di balai Masjid Sungai Leban, Bukit Gambir Tangkak Johor adalah ditarik semula kebenaran."    sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti : 1. maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. 2. jumaat terakhir di balai masjid Sungai Leban Bukit Gambir Tangkak Johor hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut.    " Adalah saya pada hari jumaat ini bertarikh.............................selaku kadi daerah bahawa solat jumaat bagi ahli kariah dan umat Islam, di balai masjid sungai leban bukit gambir tangkak johor ini adalah kali terakhir. semua jemaah akan solat di masjid sungai leban bukit gambir tangkak johor yang telah siap dibaik pulih dan boleh diguna pakai" 3. Jumaat pertama di masjid Sungai Leban Bukit Gambir Tangkak Johor sebelum didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharanoleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut : " adalah saya pada hari jumaat ini bertarikh ............. selaku kadi daerah .............................. bagi pihak majlis agama islam negeri johor mengisytiharkan bahawa masjid Sungai Leban, Bukit Gambir Tangkak Johor diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat jumaat bagi ahli kariah ini dan ummat islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. kemulian dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga"     والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI