Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA MENGGUNAKAN SEMULA MASJID FELCRA SUNGAI ARA, KOTA TINGGI, JOHOR DAN MENARIK SEMULA KEBENARAN SOLAT JUMAAT DI DEWAN MASYARAKAT FELCRA SUNGAI ARA, KOTA TINGGI, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: "Masjid Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor yang telah siap dibaik pulih dan boleh digunapakai diberi kebenaran untuk digunakan. Manakala solat Jumaat sementara di Dewan Masyarakat Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor adalah ditarik semula kebenarannya". Sehubungan itu, peraturan berikut hendaklah diikuti:- i. Maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut. ii. Jumaat terakhir di dewan masyarakat Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor, hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut:- " Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh .................. selaku kadi daerah ................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa solat Jumaat bagi ahli kariah dan umat Islam di Dewan Masyarakat Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor ini adalah kali terakhir, semua Jamaah akan bersolat di Masjid Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor yang telah siap dibaik pulih dan boleh diguna pakai". iii. Jumaat pertama di Masjid Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor, sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut:- " Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh ......................... selaku kadi daerah ......................... bagi pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor mengisytiharkan bahawa Masjid Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, Johor, diberi kebenaran dan diisytiharkan tempat solat Jumaat bagi Ahli kariah ini dan umat Islam sehingga diisytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga". والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI