Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON PELONGGARAN SYARAT SOLAT JUMAAT DI SEKOLAH MAAHAD PONTIAN, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Bersetuju memberi kebenaran bagi melaksanakan Solat Jumaat di Sekolah Maahad Pontian. Walau bagaimanapun sekiranya pelajar-pelajar asrama bercuti, maka Solat Jumaat tidak dibenarkan diadakan di sekolah-sekolah yang mendapat kebenaran Solat Jumaat seperti ini, dan jemaah yang bermukim seramai 12 orang hendaklah melaksanakan solat jumaat di masjid berdekatan. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI