Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA MEMBAIKPULIH SURAU NURUL FALAH KG PARIT SIKOM, MUKIM API-API, PONTIAN, JOHOR
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulilah fatwanya : Surau Nurul Falah Kg Parit Sikom, Mukim Api-Api, Pontian, Johor diberi kebenaran untuk dibaik pulih sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Berhubung dengan perkakas lama Surau Nurul Falah Kg Parit Sikom, Mukim Api-Api, Pontian, Johor yang akan dibaik pulih hendaklah disimpan bagi kegunaan suraupada masa akan datang setelah siap dibaik pulih sepenuhnya. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau Balai Kebajikan Islam. Sekiranya barang tersebut sudah ditawarkan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpannya maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan Surau Nurul Falah Kg Parit Sikom, Mukim Api-Api, Pontian, Johor. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI