Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MOHON NASIHAT ATAU FATWA BERHUBUNG CARA-CARA PENJUALAN ATAU PEMANSUHAN BARANG TERPAKAI ATAU BARANG BUANGAN MILIK MASJID
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor  membuat keputusan seperti berikut:    Harus menurut syara istibdal kepada wang ringgit berkaitan dengan barang terpakai atau barang buangan milik masjid maklumat bagi istibdal kepada wang ringgit berkaitan dengan barang terpakai dan barang buangan milik masjid tersebut :- 1. bahawa perkakas atau barang terpakai atau barang bubangan milik masjid hendaklah dihibahkan kepada masjid atau surau yang berhimpun dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihinahkan kepada madrasah atau balai surau atau asrama pelajar atau balai kebajikan islam. sekiranya barang tersebut sudah ditawarkan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukan dan sekiranya disimpan akan merosakkan ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpannya maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti minbar, almari, karpet, kipas angin, dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan masjid tersebut." والله اعلم بالصواب  

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI