Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MEROBOH DAN MEMBINA SEMULA BANGUNAN SURAU AN-NUR, PARIT PELAMPUNG, BUKIT KANGKAR SEROM, TANGKAK, JOHOR.
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah Fatwanya adalah seperti berikut:- "Surau An-Nur Parit Pelampung, Bukit Kangkar Serom, Tangkak, Johor diberi kebenaran untuk dirobohkan bagi memberi laluan kepada pembinaan semula bangunan surau yang baru."' Berhubung dengan perkakas lama surau An-Nur Parit Pelampung, Bukit Kangkar Serom, Tangkak, Johor yang akan dirobohkan hendaklah disimpan untuk kegunaan surau baru. Sekiranya tidak diperlukan maka hendaklah dihebahkan kepada masjid atau surau yang berhampiran dan sekiranya tiada, maka hendaklah dihebahkan kepada Madrasah atau Balai Surau atau Asrama Pelajar atau Balai Kebajikan Islam. Sekiranya Barang tersebut sudah ditawarkan kepada tempat-tempat yang dinyatakan tersebut di atas tetapi tiada yang memerlukannya dan sekiranya disimpan akan merosakkan Ain barang tersebut atau dikhuatiri akan hilang atau tiada tempat menyimpannya maka bolehlah barang-barang tersebut dijual dan hasil penjualan tersebut hendaklah digunakan untuk membeli barang-barang kekal seperti mimbar, almari, karpet, kipas, angin dan lain-lain peralatan bagi mengekalkan tujuan wakaf untuk kegunaan Surau An-Nur Parit Pelampung, Bukit Kangkar Serom, Tangkak, Johor. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI