Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA SOLAT JUMAAT DI SURAU KAMPUNG JAWA, TAMAN BAYU DAMAI PENGERANG KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor  membuat keputusan seperti berikut:   Surau Kampung Jawa Taman Bayu Damai Pengerang Kota Tinggi Johor Darul Takzim diberi kebenaran untuk mendirikan solat Jumaat sehingga satu pengisytiharan sebaliknya dilakukan. Sehubungan itu peraturan berikut hendaklah diikuti 1. sebelum solat jumaat ini didirikan, maklumat ini hendaklah dimaklumkan kepada ahli Kariah terutama penduduk yang bermastautin bagi kawasan tersebut 2. Solat Jumaat pertama di Surau Kampung Jawa Taman Bayu Damai Pengerang Kota Tinggi Johor Darul Takzim sebelum solat didirikan hendaklah dibuat pengisytiharan oleh kadi daerah dengan pengisytiharan berikut "Adalah saya pada hari Jumaat ini bertarikh............................ selaku kadi daerah................................... bagi pihak majlis Agama Islam negeri Johor mengisytiharkan bahawa Surau kampung jawa taman bayu damai pengerang kota tinggi johor darul takzim diberi kebenaran dan di isytiharkan tempat solat Jumaat bagi ahli Kariah ini dan umat Islam sehingga di isytiharkan sebaliknya. Kemuliaan dan kesucian serta kehormatan kawasan ini hendaklah dijaga." والله اعلم بالصواب  

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI