Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

KETETAPAN HARGA ZAKAT FITRA NEGERI JOHOR BAGI TAHUN 1447 HIJRIAH BERSAMAAN 2026 MILADIAH
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang bersidang pada 5 Jamadil Akhir 1447 Hijriah bersamaan 26 November 2025 Miladiah membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah Fatwanya: Bersetuju kadar zakat fitrah yang ditetapkan ke atas umat Islam di negeri Johor Darul Ta’zim bagi tahun 1447 Hijriah bersamaan 2026 Miladiah adalah berdasarkan kepada jenis beras yang paling bnayak dimakan oleh umat Islam di negeri Johor Darul Ta’zim. Justeru kadar zakat fitrah negeri Johor telah ditetapkan pada tiga kadar sebagaimana berikut: 1. RM 8.00 (RINGGIT MALAYSIA LAPAN) Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya seperti beras super spesial tempatan, beras rebus, beras hancur dan beras perang. NOTA: BERAS TEMPATAN 2. RM 10.00 (RINGGIT MALAYSIA SEPULUH) Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya selain beras super spesial tempatan (beras import) seperti beras putih import (Thai), beras putih import (Pakistan), beras putih import (Vietnam), super spesial import dan Thai super spesial. NOTA: BERAS IMPORT 3. RM 20.00 (RINGGIT MALAYSIA DUA PULUH) Bagi umat Islam yang menjadikan beras makanan hariannya selain beras super spesial tempatan (beras import) seperti beras basmati import dan super wangi. NOTA: BERAS BASMATI DAN SUPER WANGI Bersetuju resit zakat fitrah negeri Johor bagi tahun 1447 Hijriah bersamaan 2026 Miladiah hendaklah dibuat tiga kadar iaitu: RM8.00, RM10 dan RM20.00. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI