Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

KEDUDUKAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR (MAINJ) SELAKU EMPUNYA YANG BERHAK KE ATAS WANG YANG TIDAK DITUNTUT DI AKAUN MASJID DAN SURAU DARI ASPEK PERUNDANGAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: Baitul Mal hendaklah membuat tuntutan wang tidak dituntut daripada Akauntan Negara bagi pihak masjid-masjid dan surau-surau supaya wang tersebut dapat diagihkan kepada masjid-masjid atau surau-surau berkenaan. Sekiranya tiada tuntutan dari masjid-masjid atau surau-surau berkenaan dalam tempoh satu (1) tahun, maka wang tidak dituntut itu hendaklah diserahkan kepada tabung pembangunan masjid dan surau negeri Johor. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI