Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

CARUMAN AHLI KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) YANG BERAGAMA ISLAM SEBAGAI HARTA SEPENCARIAN
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Alhamdulillah fatwanya: 1. Tuntutan harta sepencarian ke atas wang KWSP yang dimiliki oleh ahli KWSP beragama Islam bagi mereka yang layak adalah diharuskan. 2. Apa-apa tuntutan harta sepencarian ke atas wang KWSP yang dimiliki oleh ahli KWSP beragama Islam adalah tertakluk kepada pertimbangan dan keputusan mahkamah syariah. 3. Bahagian harta sepencarian yang telah diperintahkan oleh mahkamah syariah untuk diserahkan kepada pasangan tidak dikira sebagai harta pusaka pencarum dan tidak tertakluk kepada hukum faraid, dan 4. Lembaga KWSP hendaklah menguruskan tuntutan harta sepencarian tersebut berdasarkan perintah mahkamah syariah yang dimeterai, termasuk memindahkan jumlah wang tuntutan tersebut ke dalam akaun penerima yang dinamakan dalam perintah itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa. 5. keputusan ini adalah selaras dengan pandangan hukum Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam malaysia (MKI) kali ke-128 yang bersidang pada 1 hingga 4 Rabiul Akhir 1447 HIjriah bersamaan 23 hingga 26 Spetember 2025 Miladiah mengenai caruman ahli kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang beragama Islam sebagai harta sepencarian. والله أعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI