Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA AGIHAN SAHAM WAKAF JOHOR BAGI PROJEK PEMBINAAN MADRASAH TAHFIZ MEDIC MADRASAH ARABIAH KLUANG
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “Kutipan derma yang dikenali sebagai saham wakaf Johor bertujuan untuk membina Madrasah Tahfiz Medic MAK Kluang adalah wajib disempurnakan dan ditunaikan derma itu menurut tujuannya. Oleh itu, Majlis Agama Islam Negeri Johor sebagai pemegang amanah derma kutipan saham wakaf Johor yang terkumpul bagi tujuan untuk membina Madrasah Tahfiz Medic MAK Kluang hendaklah menyalurkan derma itu mengikut niat orang yang berderma dan tidak boleh digunakan selain daripada tujuan tersebut.” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI