Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

FATWA CADANGAN ISTIBDAL WAKAF SAHAM SYARIKAT KULIM (M) BERHAD
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: i. Pembayaran balik modal WANCorp (عين موقوف) berjumlah RM 227.84 juta adalah harus menurut hukum syarak untuk dilakukan istibdal استبدال dengan harta gantian sebagaimana berikut: a. Bangunan Menara Ansar. b. Saham Larkin Sentral c. Islam REIT Keharusan melakukan istibdal ini adalah kerana wujudnya maslahah untuk mengekalkan ain mauquf عين موقوف dengan harta badal بدل yang lebih baik dari segi potensi kenaikkan nilai dan pelaburan. ii. Nazir khas (ahli lembaga pengarah WANCorp) hendaklah merancang, menentu dan melaksanakan badal بدل tersebut secara berhemah, penuh hikmah dan kebijaksanaan berdasarkan hukum syarak. iii. Nazir khas (ahli lembaga pengarah WANCorp) hendaklah mengambil segala tindakan yang sewajarnya berhubung dengan ketetapan di atas dan seterusnya menentukan agar kepentingan WANCORP sentiasa terpelihara. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI