Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

BAJET MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI JOHOR TAHUN 2013
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: Bersetuju menerima bajet Majlis Agama Islam Negeri Johor bagi tahun 2013 dengan mengambil kira beberapa perkara seperti berikut: 1.(FI) Perjanjian pinjaman al-Qard al-Hasan hendaklah dibiayai oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor. 2.Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor hendaklah membuat pemantauan terhadap menerima bantuan supaya mereka menjadi penbayar zakat di masa akan datang. 3.Peruntukan untuk peyelidikan dan pembangunan (R&D) hendaklah diberikan peruntukan yang besar pada masa akan datang. 4.Peruntukan bagi lawatan kerja perlulah dipertimbangkan semula dengan kadar paling minimum. 5.Pinjaman al-Qard al-Hasan hanya diberikan untuk tujuan Pendidikan sahaja. 6.Peruntukan untuk pembinaan masjid hanya diberikan pada kadar keperluan sahaja dan bukan untuk berlebih-lebihan seperti perhiasan-perhiasan, ukiran-ukiran yang melampau dan sebagainya. 7.Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor hendaklah menyebarkan kepada masyarakat secara meluas kepentingan melakukan wakaf. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI