Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MEMOHON PANDANGAN DAN PENGESAHAN BERKENAAN SEHELAI KAIN YANG MENGANDUNGI TULISAN NOMBOR / KALIMAH SEPERTI WAFAQ DAN AZIMAT
Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “ Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor tidak menolak wafaq yang tidak bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah. Akan tetapi tulisan yang ditulis pada kain ini sukar difahami. Justeru kain ini perlu dilupuskan supaya tidak mengelirukan orang ramai. Selain itu, mempercayai dan menyakini sesuatu seperti azimat, tangkal dan sebagainya mempunyai kuasa luas biasa tau sebagai pelindung diri adalah haram dan berdosa besar serta mensyirikkan Allah SWT kerana bergantung atau meminta sesuatu bukan kepada Allah SWT tetapi melalui perantaraan azimat dan tangkal. Sabda Rasulullah SAW, yang diriwayatkan daripada Uqbah bin Amir R.A : " … من علق تميمة فقد أشرك … “ “Sesiapa yang menggantung (memakai, memiliki ) azimat maka dia telah melakukan perbuatan syirik..” والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI