Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

MEMOHON SEMAKAN FATWA BERKENAAN PENYALURAN HASIL DARI PENDAPATAN ATAU HARTA TIDAK PATUH SYARIAH KEPADA BAITULMAL
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “ Penyaluran harta tidak patuh syariah terbahagi kepada dua: I. Harta tidak patuh syariah yang tidak melibatkan hak orang lain hendaklah diserahkan kepada baitulmal untuk kegunaan maslahah ammah. II. Harta tidak patuh syariah yang melibatkan hak orang lain hendaklah diserahkan semula kepada pemilikannya. Jika pemilikannya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka: a. Harta tersebut hendaklah diserahkan kepada ahli warisnya b. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada baitulmal. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI