Loading...

Perincian Keputusan Fatwa

PERMOHONAN FATWA 1. ADAKAH HIBAH DARIPADA SESEORANG/INDIVIDU KEPADA SEBUAH SYARIKAT ATAU BADAN DIHARUSKAN OLEH SYARAK 2. APAKAH SYARAT-SYARAT (ANDAINYA HIBAH TERSEBUT DIHARUSKAN) BAGI MENENTUKAN AKAD HIBAH TERSEBUT SAH DI SISI SYARAK
بسم الله الرحمن الرحيم Setelah dilihat dan dibahaskan dengan teliti dari setiap sudut, maka Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor membuat keputusan seperti berikut: “SOALAN 1: Adakah hibah daripada seseorang/individu kepada sebuah syarikat atau badan diharuskan oleh syarak JAWAPAN: Hibah daripada seseorang/individu kepada sebuah syarikat atau badan diharuskan oleh syarak dengan syarat pemberi hibah mestilah pemilik sepenuhnya kepada barangan yang dihibahkan SOALAN 2: Apakah syarat-syarat menentukan akad hibah tersebut sah di sisi syarak” JAWAPAN: Bagi menentukan sahnya hibah tersebut maka hendaklah memenuhi rukun iaitu: 1. Dua Pihak Berakad (Pemberi Dan Penerima) 2. Sighah Akad (Ijab Dan Kabul) 3. Barangan Hibah Bagi dua pihak berakad (pemberi dan penerima) perlu memenuhi syarat berikut: 1. Pemberi hibah mestilah pemilik sepenuhnya kepada barangan yang dihibahkan 2. Mestilah layak untuk memberi sumbangan 3. Mempunyai kuasa penuh untuk menghibahkan hartanya Bagi Sighah Akad (Ijab Dan Kabul) Perlu memenuhi syarat berikut: 1. Ijab dan kabul mestilah berkesinambungan 2. Tidak bersyarat 3. Tidak bertempoh Bagi barangan pula hendaklah wujud, barangan tersebut hendaklah bernilai dan ia adalah hak pemilik pemberi hibah Rujukan: Feqh Manhaji Jilid 4 Walaubagaimanapun,jika pemberi hibah berniat untuk melabur dalam syarikat tersebut maka hibah tersebut adalah terbatal. والله اعلم بالصواب

Lampiran Hujah Fatwa

Klik pada tajuk lampiran untuk muat turun hujah


TIADA SEBARANG LAMPIRAN FAIL DIMUAT NAIK UNTUK FATWA INI.
chevron_left KEMBALI