home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
السَّلاَمُ عَلَيْكُمَْ Ustaz/Ustazah, Saya Norzila bagi pihak sahabat2 wanita ingin mengemukakan satu soalan berkaitan eddah wanita yg kematian suami. 2. Persoalan berhubung perkara ini timbul apabila sahabat-sahabat wanita ingin pergi menziarahi balu sahabat yang telah meninggal dunia bagi tujuan menyampaikan sumbangan. 3. Walaubagaimana pun kami dimaklumkan oleh salah seorang sahabat wanita dalam whatsapp group bahawa haram jika berbuat demikian. Di sini saya copy paste secara penuh ayat sahabat wanita tersebut: "Kalu ikut hukum edah Balu tu x blh berjmpa dengan sesiapa lagi kecuali anak-anak dan waris terdekat Itu pun kena tengok kepentingan. Saya hendak bagitau apa yg saya tahu, ayat 234 surah Al Baqarah, Allah menetapkan hukum sangat ketat untuk balu. Makna kata, kalau kita pergi ziarah balu ini, dengan kita-kita yang pergi ziarah pun hukumnya berdosa. Tidak ramai yang tahu tentang hukum edah balu kematian suami. Balu tidak boleh berhubung dengan orang luar tanpa ada keperluan. Waktu 4 bln 10 hari ini masa dia beruzlah dgn Allah sahaja. Tiada komunikasi dengan dunia luar kalau ikut tadabbur ayat 234 ini. Dinasihatkn berhubung dengan anak arwah, minta nombor akaun mak dia. Kita transfer lebih baik. Kalau kita yang sudah tahu hukum ini, pergi juga, kita berdosa, dia yang terima kita sebagai tetamu pun berdosa." "Allah maha mengetahui niat hati kita. Ada pahala disitu sebab kita tahan niat kita hendak ziarah. Allah tahu niat kita hendak tegakkan hukum. Waktu ini bukan masa untuk ziarah balu allahyarham. Kita doakn dari jauh, baca ayat quran untuknya. Itu yg terbaik." 4. Justeru itu saya memohon bantuan pihak tuan yang lebih arif untuk memberi penjelasan berhubung perkara ini kerana kami benar-benar keliru. 5. Kerjasama pihak tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih. Sekian. Yang benar, Norzila
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين Soalan hukum eddah wanita kematian suami لالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Puan yang bertanya, Hukum menziarahi waris yang ahli keluarganya meninggal dunia termasuklah wanita yang kematian suami adalah amat digalakkan dan beberapa ganjaran disebutkan dalam hadis tentang kelebihan ziarah waris yang kematian ahli keluarganya, malah disunatkan mengucapkan ta'ziah dalam tempoh 3 hari dari hari kematian keluarganya. Apa yang penting di sini ialah ziarah kematian adalah di sunatkan manakala wanita yang kematian suami tersebut perlu menjalani iddah 4 bulan 10 hari dan ihdad (berkabung) والله أعلمُ بالـصـواب
chevron_left
Kembali