home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
Assalamualaikum WBT.. Ayah mertua kawan meninggal dunia pada Jumaat lepas.. ibu mertuanya dapat panggilan umrah pada mingggu hadapan.. Bayaran dan pengurusan telah dibuat lama sebelum ni.. Ditakdirkan suaminya meninggal dunia Jumaat lepas.. Jadi bolehkah beliau meneruskan ke umrah sepertimana yg telah dirancang tersebut? Terima kasih Ustaz.
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Soalan berkenaan hukum mengerjakan umrah bagi wanita yg sedang dalam iddah kematian. Wanita yang kematian suami wajib menjalani iddah selama 4 bulan 10 hari malah wajib menjalani ihdad (berkabung iaitu meninggalkan berhias dalam tempoh iddah). Berikut adalah batasan hukum semasa dalam tempoh `iddah kematian suami: Bagi wanita yang ber`iddah kerana kematian suami, Islam telah menggariskan cara-cara tertentu sepanjang mereka berada dalam tempoh tersebut. Antara perkara-perkara yang mesti dipatuhi oleh mereka ialah: a) Haram menerima pinangan lelaki ajnabi. b) Haram berkahwin dengan lelaki ajnabi. Jika perkahwinan dilangsungkan juga semasa dalam tempoh tersebut pernikahan itu adalah tidak sah dan pasangan tersebut wajib dipisahkan. c) Tidak dibenarkan keluar rumah termasuk untuk bermusafir kecuali dalam had dan batas yang diperlukan sahaja. Antara keperluan penting yang membolehkan keluar rumah ialah: i. Untuk bekerja ii. Mendapatkan rawatan perubatan iii. Membeli barang-barang keperluan asasi (sekiranya tidak ada ahli keluarga atau orang lain yang amanah boleh melakukannya) iv. Dan keperluan-keperluan lain yang penting dan mendesak. Keperluan penting yang membolehkan keluar rumah mestilah mematuhi syarat-syarat berikut: i. Dapat menjaga peraturan dan adab-adab seperti yang disyariatkan Islam. ii. Keharusan untuk keluar rumah ini juga hanya tertakluk pada waktu siang dan tidak pada waktu malam. Namun pengecualian diberikan kepada individu yang tidak mempunyai pilihan dan perlu bekerja pada waktu malam seperti doktor jururawat dan sebagainya. iii. Bagi larangan bermusafir ia termasuk larangan untuk menunaikan ibadat fardu haji dan umrah. d) Berpindah atau tinggal di rumah lain yang bukan menjadi kebiasaannya tinggal sepanjang tempoh perkahwinan. Namun sekiranya terdapat bahaya dan kemudaratan yang boleh mengancam keselamatan nyawa dan harta benda seperti banjir tanah runtuh gempa bumi dan sebagainya mereka dibolehkan keluar dan meninggalkan rumah tersebut sehinggalah bahaya atau kemudaratan tersebut hilang atau dapat diatasi. e) Wajib berkabung sepanjang tempoh `iddah. Oleh itu sepanjang dalam tempoh tersebut mereka wajib meninggalkan semua perkara yang mempunyai unsur-unsur berhias sama ada pada pakaian atau tubuh badan. Termasuk dalam larangan berhias ini ialah: i. Memakai pakaian berwarna terang atau berwarna-warni yang boleh menarik perhatian orang yang memandang; ii. Memakai barang-barang kemas walaupun sebentuk cincin gelang rantai dan barang-barang perhiasan lain yang diperbuat daripada emas perak dan permata; iii. Memakai wangi-wangian pada anggota badan rambut dan pakaian; dan iv. Bersolek, memakai celak, berinai dan memakai minyak rambut serta perbuatan-perbuatan lain yang dianggap sebagai berhias pada pandangan masyarakat setempat. Perintah berkabung ini hanya dikhususkan kepada suruhan meninggalkan hiasan tubuh badan dan pakaian sahaja tidak termasuk hiasan tempat tinggal bilik tidur dan sebagainya. Justeru walaupun wanita berkabung dilarang daripada berhias ini tidak bermakna mereka perlu mengabaikan aspek kebersihan dan kesihatan diri serta ahli keluarga. Malah mereka wajib menjaga kebersihan dan kekemasan diri pakaian dan tempat tinggal sepanjang tempoh `iddah dan berkabung itu. Dalam menjawab persoalan di atas, maka tidak dibolehkan melaksanakan ibadah umrah. Jumhur ulama’ telah berpendapat bahawa wanita yang ber’iddah kerana suaminya meninggal dunia adalah tidak boleh melaksanakan ibadah haji atau umrah. والله اعلم بالصواب
chevron_left
Kembali