home
Laman Utama
content_paste
Fatwa Negeri Johor
Himpunan Fatwa Negeri Johor
Fatwa Mengikut Kategori
Fatwa Diwartakan
Fatwa Tidak Warta
assignment
Soal Jawab Agama
Himpunan Soal Jawab
Soal Jawab Mengikut Kategori
Maklum Balas Soal Jawab
Semakan Soal Jawab
explore
Permohonan Kiblat
chevron right
Permohonan Pengukuran Arah Kiblat
Semakan Permohonan Arah Kiblat
menu_book
Manual Pengguna
language
Website Jab Mufti
Toggle navigation
Detail Soal Jawab Agama
Soalan :
As salamualaikum Jbt Mufti Johor, Terima kasih kerana sudi membaca dan memberikan maklum balas atas pertanyaan saya. Terdapat beberapa kemuskilan dan mohon penjelasan jab mufti: 1. Adakah perbuatan/perlakuan Rasulullah S.A.W sebelum dilantik menjadi Rasul adalah sunnah. 2. Adakah benar menyapu muka selepas solat adalah daripada pandangan Mazhab Syafii. Mohon pencerahan Jab Mufti dan segala maklumbalas amat dihargai. Wassalam Mohamad Norhisham Bin Mohd Salleh Kluang, Johor D.T
Tahun Dikeluarkan :
Kategori :
Jawapan :
Assalamualaikum WBT.. Terima kasih kepada soalan yang di kemukakan kepada Jabatan Mufti Johor. JAWAPAN SOALAN 1. Pengertian hadith menurut istilah Dari segi istilah para muhaddithin telah mengemukakan pelbagai pendapat mengenainya namun tiada percanggahan antara satu sama lain kecuali jika sesuatu sebab yang khusus mengenainya antaranya: Hadith ialah segala apa sahaja yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad saw dari segi perkataan,perbuatan, taqriri atau sifat samaada fizikal atau akhlak dan sirah samada sebelum dan selepas menjadi Rasul Hadith juga ialah segala apa yang dinisbahkan kepada Nabi Muhammad S.A.W atau sahabat atau tabiin termasuk juga apa yang dinamakan hadith marfu, mauquf dan Maqtu. Perbezaan Antara Hadith dan Sunnah Sunnah dari segi Bahasa bermaksud jalan atau sirah samada terpuji atau tercela . lawan bagi perkataan Sunnah adalah bidaah. Mereka yang mengikuti Sunnah dipanggil orang yang mengikuti jalan yang lurus dan terpujui, manakala mereka yang berpaling dari Sunnah adalah pembuat bidaah dan tercela . Sunnah dari sudut istilah pula terbahagi kepada beberapa pendapat ilmuan berdasarkan pengkhususan ilmu mereka, antaranya : a Ulama Usul Fiqh- Sunnah adalah kata-kata, perbuatan dan taqriri. Mereka mengkaji hadith sebagai sumber hukum syariat seperti wajib, haram,sunat,harus dan makruh b Ulama Fiqh- Sunnah adalah perkara –perkara sunat yang apabila dilakukan akan mendapat pahala dan meninggalkanya adalah tidak berdosa. c Ulama Kalam- Sunnah adalah antonym bagi bidaah. Mereka yang berpaling dari Sunnah dianggap sebagai pembuat bidaah d Ulama Hadith – Sunnah adalah apa juga yang di sandarkan kepada rasullulah saw dari segi perkataan, perakuan, sifat fizikal dan akhlak samada sebelum di lantik menjadi rasul atau sesudahnya. Kesimpulanya Pada hakikatnya al-Hadith dan al-Sunnah mengandungi pengertian yang sama dan jika ada perbezaan hanya pada istilah skop pemakaianya sahaja. Walluhualam. JAWAPAN SOALAN 2 Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW. Amalan ini disebut dalam kitab-kitab ulama mazhab al-Syafie, bahawa apabila seseorang itu selesai solat, disunatkan baginya untuk menyapu dahi dan wajahnya sambil membaca doa: أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ (هُوَ) الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ، اللَّهُمَّ أَذْهِبْ عَنِّي الْهَمَّ وَالْحَزَنَ Maksudnya: “Aku bersaksi tiada tuhan yang disembah melainkan Allah. Dialah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Ya Allah! Aku mohon agar Engkau buangkan dari diriku kegelisahan dan kesedihan.” Antaranya: Al-Adzkar (no.193) oleh Imam al-Nawawi Rahimahullah, daripada Ibn Sunni, daripada Malik bin Anas RA. I`anah al-Tolibin (1/215) oleh Syeikh Abu Bakar al-Dimyati Rahimahullah, daripada Ibn Sunni. Bughyah al-Mustarsyidin (hlm. 99) oleh Syeikh Abdurrahman Ba`lawi, daripada Ibn Mansur. Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ibn Sunni dalam `Amal al-Yaum wa al-Lailah (no.122) dan Imam al-Tabarani dalam al-Mu`jam al-Awsat (no.3178). Hadis ini disepakati kedaifan oleh para ulama, antaranya seperti yang dinukilan Imam Ibn Hajar al-Asqalani dalam Nataij al-Afkar (2/285), namun sebahagian ulama menilainya sebagai daif jiddan (lemah yang bersangatan dan maudhu’ (palsu). Lihat al-`Ajalah al-Raghib (no.113) oleh Syeikh Salim Eid al-Hilali. Kami cenderung kepada pendapat bahawa amalan ini tidak bermasalah untuk diamalkan seperti mana yang difatwakan oleh para ulama mazhab al-Syafie. Walaupun begitu, barangsiapa yang meninggalkan kerana berhati-hati, maka hukumnya tidak makruh dan tidak wajar dijadikan polemik. Wallahua’lam.
chevron_left
Kembali